Alhamdulillah, saya ada kesempatan untuk update blog lagi hari ini. Apa yang nak diceritakan hari ini berkaitan dengan apa yang terjadi pada saya kebelakangan ini.
Sejak akhir akhir saya dah semakin sensitif mungkin sebab selama ini saya selalu memendam rasa sampai dah tahani. Bukan niat di hati nak menangis sebab benda benda kecil tapi bila kita dah tension and ada pula orang yang tak faham faham nak mengejek kita.
Kadang kadang saya terfikir mereka yang selalu mengkritik orang itu tak ada hati dan perasaan atau apa? Pernah juga saya benci diri saya sendiri sebab diejek begitu rupa. Siapa yang tak nak badan yang slim and curvy ? Semua orang nak termasuk saya. Mula mula saya menganggap itu gurauan tapi bila dah lama lama saya rasa itu melampau.
Saya bukan yang jenis marah marah dan berdendam dengan seseorang. Ya mungkin itu juga salah saya sendiri sebab berlembut sangat dengan mereka. Tapi apakan daya saya tiada keberanian untuk marah marah orang.
Saya masih dalam keadaan waras tak adalah sampai nak bunuh diri sebab benda kecil macam ini. Masih panjang perjalanan hidup saya. Masih ramai orang yang berjasa dalam hidup yang perlu saya balas.
Saya just nak mereka tahu kadang kadang gurauan kecil pun boleh buat hati kecil saya terguris. Jangan sampai saya dah tawar hati untuk maafkan mereka
the unpredictable nadia
18 May 2012
14 May 2012
Assalammualaikum ,
Dah lama betul blog ni tak diupdate. Bukannya sengaja tetapi masa yang tak mengizinkan memanjakan jari menekan keyboard untuk update blog. Ye sudah semestinya semua berpunca dari SPM, kejayaan memerlukan pengorbanan. Saya rasa saya dah banyak berkorban untuk SPM tapi bagi orang lain perngorbanan saya hanya sekecil kuman. Insyaallah doakan saya untuk berjaya di masa akan datang.
Banyak perkara yang terjadi tahun ni. Mungkin semua yang terjadi memori indah saya untuk tahun ni. Harap harapnya begitu sampai ke akhir tahun. Sekarang saya sedang menduduki peperiksaan setengah tahun. Setakat ni semua berjalan lancar. Kecuali subjek chemistry pagi tadi. Mungkin juga addmath esok hari. Hmmm. Tak guna kalau kita mengeluh tapi tak berusaha untuk mengatasi sesuatu masalah kan ?
Saya teringin sangat nak buat parent saya happy dan bangga dengan saya. Anak mana yang tak nak tengok parent happy kan? Bila saya tengok kakak and abang senior yang dapat straight a's peluk mak ayah saya rasa terhari dan sebak. Saya terfikir nanti ibu dan abah akan menangis kegembiraan atau kekecewaan. Saya nak buat mereka bangga dengan saya. Dah banyak yang mereka buat untuk saya. Terlalu banyak pergorbanan yang mereka beri tak mungkin dapat saya balas. Tetapi mungkin dengan dapat result cemerlang saya dapat membalas jasa mereka.
Saya perlu kuatkan hati untuk berjaya dalam hidup. Insyaallah dengan berkat doa semua orang kita boleh berjaya. Saya doakan semua kawan kawan saya dapat result cemerlang dalam SPM. Insyaallah.

15 March 2012
13 January 2012
31 December 2011

Alhamdulillah dah masuk tahun baru. 2012 menjelma dan 2011 menghaibkan diri, tak mungkin 2011 akan kembali. jadi kita mesti pastikan 2012 yang ada sentiasa dihargai. kalau boleh setiap waktu dalam 2012 kita anggap satu benda yang amat berharga. tahun ni kalau boleh nak berumah dari semua segi. tak ada orang yang sempurna kan tapi kita boleh cuba jadi yang terbaik.
2012 WISHES
1. 9 As in SPM. even better dalam setiap examinations
2. no twitter, tumblr, blogger, facebook emmm senang cerita online on weekdays
3. kalau boleh tak ada telur dalam jadual kehadiran tahun ni
4. kurangkan tengok tv, emmm kena buat jadual tv lah nampaknya
5. spend more time with family rather than with friends
6. dapat driving license before SPM
7. tak tangguh tangguh kerja, tak kira kerja rumah ke kerja sekolah
8. share apa yang dialami dengan orang, jangan pendam sangat perasaan sorang sorang
9. ingat pergi sekolah untuk belajar bukannya jumpa kawan semata-mata
10. make abah and ibu proud of me, dalam semua aspek k
phewwww, harap harapnya semua ni terlaksana, bermohon agar semua berlalu pergi dengan mudah, amin. jumpa lagi next week k
Subscribe to:
Posts (Atom)