14 May 2012

Assalammualaikum ,

Dah lama betul blog ni tak diupdate. Bukannya sengaja tetapi masa yang tak mengizinkan memanjakan jari menekan keyboard untuk update blog. Ye sudah semestinya semua berpunca dari SPM, kejayaan memerlukan pengorbanan. Saya rasa saya dah banyak berkorban untuk SPM tapi bagi orang lain perngorbanan saya hanya sekecil kuman. Insyaallah doakan saya untuk berjaya di masa akan datang.

Banyak perkara yang terjadi tahun ni. Mungkin semua yang terjadi memori indah saya untuk tahun ni. Harap harapnya begitu sampai ke akhir tahun. Sekarang saya sedang menduduki peperiksaan setengah tahun. Setakat ni semua berjalan lancar. Kecuali subjek chemistry pagi tadi. Mungkin juga addmath esok hari. Hmmm. Tak guna kalau kita mengeluh tapi tak berusaha untuk mengatasi sesuatu masalah kan ?

Saya teringin sangat nak buat parent saya happy dan bangga dengan saya. Anak mana yang tak nak tengok parent happy kan? Bila saya tengok kakak and abang senior yang dapat straight a's peluk mak ayah saya rasa terhari dan sebak. Saya terfikir nanti ibu dan abah akan menangis kegembiraan atau kekecewaan. Saya nak buat mereka bangga dengan saya. Dah banyak yang mereka buat untuk saya. Terlalu banyak pergorbanan yang mereka beri tak mungkin dapat saya balas. Tetapi mungkin dengan dapat result cemerlang saya dapat membalas jasa mereka.

Saya perlu kuatkan hati untuk berjaya dalam hidup. Insyaallah dengan berkat doa semua orang kita boleh berjaya. Saya doakan semua kawan kawan saya dapat result cemerlang dalam SPM. Insyaallah.